


I.
Mewujudkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai dasar, inisiatif dan bidang TVET yang ditawarkan di Malaysia di mana Sambutan Hari TVET Negara 2025 adalah merupakan salah satu daripada elemen promosi dan publisiti.
II.
Menyalurkan maklumat kepada masyarakat berkaitan peluang pendidikan dan kerjaya serta insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan berkaitan TVET.
III.
Menjalinkan kerjasama strategik di antara kementerian, agensi dan pihak industri yang berkaitan dengan satu matlamat yang sama untuk memperkasakan TVET di Malaysia.
IV.
Menghubungkan antara pelajar / belia / pencari kerja dengan industri sama ada dalam mencari peluang pekerjaan mahupun mendapatkan penempatan bagi menjalani Latihan Industri.
V.
Menarik lebih ramai belia yang berpotensi menceburi bidang TVET sebagai pilihan untuk pendidikan dan kerjaya.
VI.
Memberi peluang kepada pelajar sekolah dan komuniti setempat untuk meneroka lebih dekat kepada TVET melalui aktiviti-aktiviti yang dirangka pada hari sambutan.










Hub 7 – TVET Challenge
TVET Challenge merupakan pentas kompetitif yang menghimpunkan pelatih kemahiran dari dalam dan luar negara bagi menguji kemahiran teknikal, kreativiti dan daya saing mereka dalam pelbagai bidang berimpak tinggi. Hub ini memperlihatkan kesungguhan Malaysia dalam memartabatkan kemahiran sebagai kerjaya pilihan, selari dengan standard antarabangsa seperti WorldSkills.
Hub 6 – TVET Job Fair
TVET Job Fair 2025 menawarkan peluang kerjaya eksklusif kepada pencari kerja dan graduan TVET untuk berinteraksi secara langsung dengan syarikat-syarikat berkaitan TVET dan teknologi, khususnya dari Melaka dan kawasan sekitarnya. Hub ini menyediakan platform temu duga secara terus di lokasi pameran, membolehkan calon menunjukkan potensi mereka kepada bakal majikan yang aktif dalam sektor berasaskan kemahiran. Ia juga menjadi ruang strategik untuk memadankan keperluan industri dengan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi.
Hub 5 – TVET Convention
TVET Convention menampilkan dua aktiviti utama yang memberi penekanan kepada revolusi data, inovasi dan pemerkasaan pengajar TVET dalam mendepani perubahan landskap pekerjaan masa hadapan. Hub ini menjadi medan pertemuan golongan pendidik, pakar industri dan pemegang taruh bagi memperkukuh ekosistem latihan kemahiran negara melalui perkongsian ilmu, amalan terbaik dan pemikiran strategik.
Hub 4 – TVET Infotainment
Hub 4 menampilkan pelbagai aktiviti interaktif dan bermanfaat yang membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman dunia TVET secara langsung. Dirangka dengan pendekatan yang inklusif dan menyeronokkan, hub ini menjadi ruang pertemuan antara institusi TVET, mahasiswa, pelajar, dan masyarakat umum bagi memupuk minat terhadap pendidikan dan latihan teknikal.
Hub 3 – Industry Collaboration
Hub 2 – TVET Entrepreneur
Hub 1 – TVET ExhibitionÂ
TVET Exhibition merupakan komponen utama Hari TVET Negara 2025, menghimpunkan kesemua 12 kementerian yang terlibat dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia. Pelawat boleh menerokai teknologi terkini yang dipamerkan oleh rakan kongsi industri, menyertai hari terbuka TVET dan menyaksikan demonstrasi kemahiran yang mengagumkan dari Institusi TVET yang mengambil bahagian. Jangan lepaskan peluang ini untuk terlibat dengan perkembangan terkini dalam TVET.